Wednesday, October 14, 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota


Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya


Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta


Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


KONGSI CERITE...


Salam ukhuwah buat semua....

aku nak crite dgn engkorang semua pasl pnglman aku masa bertugas di SMK USJ 4, Sbg Jaya sblm aku dapt masuk DPLI ni..memang best dn blh dikatakan mencbr gk ar..bab apa aku kata mncbr? aku di tugskn untuk mguruskan student2 pnddkan khas..sek. men. tu beb..

aku strt brtugs april 2008. mula2 aku x bdget yg aku kna sek. men..bab dlm kpla otk aku ppm ni tugs dia kat pra sekolh jer..tup2 dpt surt ditmptkn di sek intgrasi..mau nangis aku..yer la engkorng bygkn lh.time tu aku sart ngandung..rezki ank aku.

1st day aku kat sek tu..fuh..sek tu sek normal tp ade jga pnmptan untuk pljar intgrasi maslh pmbljrn..yg mslh sndrm down, trncat akal, slow leaner, autisme...huahuaa nk ngis aku, 1st dy dh main sorok2 nga bdk trnct..aku ingt lg Choon Kit nama bdk tu..ckgu2 ctu kta dia memg xbleh tgk ckgu2 pmpuan..mudh trnsng..tkt aku..buat pngtahuan smua..bdk2 khas kat ctu berumur 13-19 thun..ngkou bygkn lah..dh berjggt,mau nya aku x tkt..

basri..studnt sndrm down..yg slalu cntrl hnsem..lau la dia normal, aku rs memg jd kasanova la..fuh..pndai memujuk, beromntis..walaupn aku xbrape fhm btr kata dia..tp prkataan syng tu memg sllu kuar dr mulut dia..eee lucu..tp dia ni kuat cmburu..lau dia dh rapt nga kite,jgn hrp la org lain nk cba nk dkt2 nga kite..dia kan buat merajuk, mengis..haa time tu la kuar segala lirik2 yg nth aper2..siap nk aksi lkonan lg..semua tu dialog pngruh tv..

mcm2 lah..smggu jer aku dh dpt biasakan diri, salah tggpn pertama aku sblm ini..yg mnyatkn merka ini menakutkan..x..sama mcm kt smua..apa yg pnting mrka prlukan ksh syg dn prhatian..
pljr2 bwh jagaan aku memg rpt..pljr autsme aku..stiap pg..dia suka ambik tgn aku suruh belai kpla dia..haikal, emmm..lau ader yg kna pukul kat emak diorng..pg2 dh bisng bagtau kt..

pnglman itu memng berhrga..akn aku kng smpai bla2..yg aku frust, msa apply dpli ni..aku mtk pnddk khas.dua2 aku mtk course ni. siap dlm intviu aku crte smua pnglman aku kat pnddkn khas..pnmuduga siap bg komen yg blh buat aku tdr mlm slps intiviu tu..tp aku dpt course lain..sejarah..emm tp xper.alhmdulillah..semua nya rezki ank aku..

MUTIARA KATA


  • "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."
  • "Andai air usaha itu bisa kita teguk, teguklah sehingga ia kering dan basahan tawakkal bakal mendingin di ruang tekak."
  • "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."
  • "Tidak berakal seseorang manusia apabila tidak mahu menerima dan meminta nasihat daripada orang lain."
  • "Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."
  • "Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."
  • "RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa."
  • "Apabila hati menangis kerana kehilangan, roh pula akan ketawa (gembira) kerana kerinduan."

Tuesday, October 13, 2009

GURU - LILIN PEMBAKAR DIRI


Pepatah Melayu menganalogikan guru sebagai lilin membakar diri bagi menerangi orang lain masih relevan dalam era globalisasi. Apa tidaknya, ramai kalangan guru kekal pada takuk lama kerana rutin kerja yang diamanahkan pihak ‘stake-holder’, demi melahirkan generasi cemerlang dari segi budaya, agama, sahsiah dan pemikiran.

Namun, golongan guru boleh menguntum senyuman kerana jasa mereka terpapar pada kejayaan dikecapi, bukan saja murid diajar bahkan pada setiap pelosok pembangunan. Inilah lilin yang membakar diri demi kebahagiaan orang lain. Betul kata pujangga Usman Awang yang menulis bait keramat bahawa setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru.

Meskipun guru tidak boleh bermegah dengan kejayaan anak didik mereka, guru harus bangkit daripada kesibukan bagi memberi didikan kepada anak bangsa untuk mencapai kejayaan cemerlang. Seorang ahli psikologi Barat pernah menganalogikan seorang guru yang pintar ibarat ‘walking dictionary’ kerana peranannya memberi arah kepada orang yang ingin bertanya sesuatu.

Pun begitu, seorang guru yang proaktif dan berfikiran terbuka lebih mesra dengan sikap keterbukaan dan kesediaannya untuk meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Seorang pelajar di Amerika Syarikat pernah dipetik sebagai berkata bahawa guru yang baik ialah guru yang mengajar muridnya seperti mana dia mahukan anak murid mengajarnya. Dalam bahasa pedalogi, pendekatan ini disifatkan sebagai pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berkesan juga mengambil kira sumber pengajaran di sekeliling, termasuk landskap fizikal dan budaya.

Dalam era globalisasi, guru menghadapi pelbagai cabaran. Selain kerenah murid, ibu bapa dan birokrasi, masalah paling besar ialah persekitaran yang semakin berubah dan sifatnya yang tidak pernah statik. Persekitaran dibentuk dan membentuk pemikiran manusia, malah boleh mengubah dimensi hidup masyarakat secara total.

Benarlah Islam meletakkan profesion guru itu tinggi darjatnya. Hakikat ini ditunjukkan sendiri Imam Shafie ketika beliau pada saat-saat hampir menghembuskan nafas terakhir, meminta anak muridnya mengajar sesuatu kepadanya. Beliau tahu betapa tingginya martabat orang yang mengajar, begitu juga orang yang belajar di sisi Tuhan.

Dalam menghadapi krisis pendidikan dalam era globalisasi ini, guru boleh berfikir sejenak terhadap tugas dan tanggung jawab yang harus dipikul bagi memenuhi tuntutan semasa. Jika kita meneliti sejarah perkembangan pendidikan kebangsaan, bermula daripada Laporan Razak 1956, terdapat kesinambungan utuh bagi memperkasakan sistem pendidikan kebangsaan. Dasar kerajaan ketika itu ialah menjadikan satu sistem persekolahan dengan bahasa Melayu sebagai lingua franca bagi penyampaian ilmu kepada anak didik.

Kemudian muncul Penyata Rahman Talib pada 1961 yang memberikan penekanan kepada pemantapan pembelajaran 3M (membaca, menulis dan mengira). Sistem aliran persekolahan akademik dan vokesyenal turut diperkenalkan. Laporan Kabinet pada 1979 memberi pengakuan bahawa peluang pembelajaran harus dilanjutkan dari sembilan tahun di bangku sekolah kepada 11 tahun. Ini bagi memastikan tiada murid tercicir pada peringkat sekolah rendah dan menengah.

Rang Undang-undang Pendidikan diperkenalkan kerajaan pada 1995 memantapkan lagi visi dan misi kerajaan ke arah melahirkan warga intelek bertaraf dunia. Cabaran guru masa depan lebih hebat. Guru harus berfikiran glokal dengan mengadunkan aspek tempatan dengan kepelbagaian entiti dunia yang berlaku begitu pantas dengan pelbagai karenah yang harus dibendung secara lebih bijak dan berhati-hati.

Guru masa kini harus melihat kurikulum pendidikan secara dinamik. Guru harus bijak mentafsir kurikulum yang menjadi wahana penyampaian ilmunya. Bagi rakyat, kurikulum yang menjadi intipati kemajuan dan perpaduan ialah integrasi antara kaum.

Bentuk kurikulum yang usang dan difikirkan kurang menyumbang kepada kemajuan negara bangsa harus diberi nafas baru atau digubal semula agar penampilannya lebih segar sebagai agen kemajuan dan pembangunan 2020. Barangkali tidak keterlaluan jika kurikulum al-Quran diwajibkan kepada pelajar Islam dan pilihan kepada bukan Islam di peringkat tadika hingga ke universiti demi melahirkan warga intelek seimbang.


AKU DI SINI???


Aku bahagia hidup dalam keluarga kecil ku. Suami tercinta dan putera kesayangan ku yg kini berusia 15 bulan. Menjadi ibu muda tidak menjadi masalah kepada aku walhal menguruskan segala urusan keluarga yang sebelum ini diuruskan oleh ibu.

Suami sentiasa memberi sokongan, saling bantu-membantu mengeratkan kasih antara kami. Kini, kami semua berjauhan. Suamiku, Mazly di Puchong, Selangor..anak ku pula Mustaqym nun jauh di Machang, Kelantan.

Ini dinamakan satu pengorbanan. Pengorbanan untuk masa depan kami semua. Profesion perguruan yang aku impikan sejak dari kecil kini semakin nyata. Semakin pasti yang sedikit masa lagi aku akan bergelar Cikgu Azie yang sah ditauliahkan. Insyaalah...abg, along doakan kejayaan umi...

CABARAN SEORANG GURU MASA KINI


Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Segala panduan dan kemahiran disertai keluhuran budi serta peribadi tidak terpisah daripada seseorang guru. Begitulah sewajarnya guru sebagai pendidik yang berkesan. Mereka adalah contoh dan teladan untuk murid, pelajar dan masyarakat.


Kini, zaman semakin mencabar. Bebanan guru makin besar yang menuntut kesabaran serta ketanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan disanjungi sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya. Namun hari ini sering kita dengar sebahagian besar pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang agak baik. Guru-guru disaman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menunding jari kepada guru di atas kesalahan, kealpaan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak.


Sewajarnya ibu bapa akur tugas guru bukan hanya mengajar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan, tetapi turut mendidik pelajar menerusi penerapan nilai-nilai murni, selain jati diri, disiplin serta sahsiah terpuji. Namun begitu, kebanyakan ibu bapa mengutamakan kecemerlangan akademik semata-mata dan bukan sahsiah yang baik menyebabkan anak mereka tidak boleh ditegur walaupun melakukan kesalahan.


Terdapat juga ibu bapa yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak mereka bersalah dan tidak mengaku kesilapan dilakukan. Mereka perlu berbincang terlebih dahulu dan jangan terburu-buru menyerang pihak sekolah atau membuat pendedahan pada media. Mendidik anak perlu mengikut peredaran masa dan guru perlu menghukum pelajar yang melakukan kesalahan dengan bijaksana. Hukuman yang dikenakan adalah proses mendidik dan bukan memalukan pelajar, sekali gus memberi keinsafan dan kesedaran terhadap salah laku yang dilakukan.


Sesungguhnya profesion keguruan yang merupakan profesion tertua di dunia, kini memasuki satu lagi era baru. Dulu peranan utama guru ialah sebagai penyampai pengetahuan. Gurulah yang banyak bercakap dan menyoal. Bagaimanapun kini, peranan guru lebih penting sebagai pemudah cara dalam proses pembelajaran. Sebagai pemudah cara, guru perlu lebih sedia dan peka melahir dan menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan. Murid perlu selalu digerak untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Malahan, murid dijangka dapat menyoal guru serta membantu guru membuka luas pintu pembelajarannya. Dahulu, punca pengetahuan adalah dalam bentuk bertulis. Sekarang, lebih banyak bilik darjah ditukar menjadi bilik darjah bestari yang membolehkan pelajar menggunakan komputer untuk mencari lebih banyak pengetahuan dan maklumat. Bagaimanapun, kehadiran guru penting untuk membimbing pelajar membuat pilihan ilmu dan maklumat yang betul.


Guru harus berperanan untuk mengenal pasti dan membangunkan potensi diri pelajar. Peranan guru ini amat penting dalam menentukan corak pembangunan sesebuah negara. Kita perlu sedar, kejayaan negara sehingga kini, sebahagian besar adalah hasil sumbangan kerjaya keguruan. Ini kerana persediaan bagi pengeluaran tenaga kerja negara di semua sektor bermula dari sekolah yang sudah pastinya memerlukan khidmat dan jasa guru. Guru juga adalah model manusia berkelakuan baik. Guru mesti bebas daripada bersikap negatif dan sempit daripada aspek bangsa, kelas, sosial dan kedaerahan.



Friday, October 9, 2009

Salam Ukhuwah


salam ukhuwah buat semua

hai, bakal-bakal pendidik semua.. apa perkembangan terkini..ada gosip best ker??..huahua...just joke..mana ada masa nk bergosipkan..kerje berlambak..
sekarang mesti tengah sibuk study kan..maklum lah next week dah exam..anyway, good luck to all my friend..do the best..chaiyok!!!

adios.........